Notwithstanding common misconceptions, Malays have been involved in business for centuries. Malays were traders trading with Sumatra, Jawa, China and India. However, the British policy of economy segregation coupled with their immigrational labour policy led to the concentration of Malays in the agricultural sector. With Merdeka and the economic boom activities of the 50s and 60s, the Malays were not content to remain in the kampung while the wealth of the country was in the hands of foreigners and non-Malays. Their discontentment erupted in 1969. Then came the NEP. The NEP was not formulated to provide for handouts and charity to the Malays. It was a vehicle to level the playing field for the Malays, to enable them to catch up with their move advanced fellow citizens. Even in golf, if you are a beginner playing with a more experienced person, you are given a handicap.
Managing Business, My Personal Experience, Tun Daim Zainuddin.
Dulu, penjajah British memainkan peranan penting untuk memastikan anak petani membesar dan menjadi petani juga. Anak kerani membesar dan menjadi kerani juga. Anak cikgu membesar dan menjadi cikgu juga.
Kesannya, penguasaan ekonomi menjadi tidak seimbang.
Sebab Melayu duduk di kampung. India duduk di estet dan Cina duduk berniaga di bandar. Dan penjajah terus menguasai sebahagian besar ekonomi.
Hari ini, budaya itu masih belum berubah. Kerana pembacaan utama masyarakat iaitu akhbar dan rancangan televisyen berbahasa Melayu masih belum mengajar dan membentuk orang Melayu agar tahu berniaga dan faham isu ekonomi.
Dari muka depan akhbar anda akan baca isu Saiful Bukhari, fitnah, rasuah politik, sumpah menyumpah, Permatang Pauh, Ramlang Porigi, kemalangan, rompak, konsert Avril Lavigne, gosip Siti Nurhaliza mengandung, iklan Mawi says I feel silly when I speak Malay, Fasha Sanda sombong, Maya Karin kahwin, artis seksi yang bersopan, Diana Danielle bakal menantu Yusuf Haslam, LeeĀ Chong Wei menang perak Olimpik dan tidak ketinggalan Liverpool menang 2-1 lawan Middlesbrough.
Sisipan akhbar hiburan lebih banyak diterbitkan dari sisipan ekonomi. Cerita politik adalah jauh lebih banyak ditulis dari cerita bisnes.
Tapi kalau anda baca akhbar seperti The Star, kandungan topiknya boleh dikatakan seimbang. Cerita bisnes pun banyak.
Masalahnya, orang Melayu lebih banyak baca Utusan Melayu, Berita Harian dan tidak ketinggalan, Harakah.
Maka budaya-budaya orang Melayu, sembang kedai kopi, banyak dibentuk oleh cerita yang dipaparkan dalam media sebegini.
Drama korporat orang Melayu pula banyak menunjukkan situasi meja bos dan pengarah syarikat yang kosong tetapi boleh jadi kaya raya nak mampus. Anak beranak dan saudara mara pula berebut harta dan kuasa. Datuk bosan Datin tak layan, lalu mengurat setiausaha cun, anak lelaki merempit dengan kereta sport dan anak perempuan berkepit dengan jantan yang hutang dengan along. Ditambah dengan bekas awek lama Datuk datang dengan anak “haram” tuntut harta. Dengan perisa campuran pengarah syarikat berkonspirasi dengan syarikat competitor untuk hancurkan company Datuk. Tidak dilupa watak lawyer bodoh, driver kaki lawak slapstik dan orang gaji yang setia.
Lalu orang Melayu diajar bisnes itu memang selalu begitu dan mereka pun jadi takut untuk berbisnes.
Buku, majalah bisnes berbahasa Melayu pun macam tiada. Tapi nak komplen banyak pun tak guna.
Forum BicaraJutawan ada. Blog yang anda baca ini ada. Dan selain impian hidup yang baru saya beritahu, saya juga nak memandaikan orang Melayu dalam bidang bisnes dan pelaburan. Hidup ini tak lama. 60 tahun je lebih kurang.
Lebih baik mati mencuba dari mati tidak buat apa-apa.
Selamat menyambut hari kemerdekaan.
Maaf tiada bendera. Saya protes.